KOTA KINABALU (27 Ogos): Pihak MKN Sabah dengan kerjasama pengurusan Kolej Komuniti Penampang telah menganjurkan Program CBSM Siswa Bersama MKN Sabah dengan penglibatan hampir 120 orang yang meliputi pelbagai bidang pengajian.
Fokus dan tumpuan program ini diberikan kepada golongan siswa yang terdiri daripada golongan belia yang merupakan lapisan masyarakat yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Penekanan konsep berkaitan keselamatan diharap dapat diterapkan di dalam jiwa belia dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar.
Pengisian program dimulakan dengan Bicara Santai DKN yang telah disampaikan oleh Puan DSP Juaraimah binti Ismail, Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Keselamatan Negeri, MKN Sabah. Seterusnya sesi interaktif bersama siswa diisi dengan aktiviti ice breaking, permainan radio rosak, Latihan dalam kumpulan (kapal karam) dan kuiz Kahoot.
Kemuncak program adalah pembentangan kumpulan melalui aktiviti Negara Impian. Sebanyak empat (4) pembentangan daripada dua belas (12) buah kumpulan telah membentangkan hasil kreativiti masing-masing dan telah mendapat ulasan dan komen panel yang terdiri daripada YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan (Pengarah Keselamatan Negeri Sabah), Tuan Haji Kamal bin Ali (Pengarah Kolej Komuniti Penampang) dan Encik Syukri bin Hj Sanali (Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah). Hadiah turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti sebagai dorongan dan galakan kepada para peserta.
Penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti dan semua siswa terlibat yang telah merealisasikan serta menjayakan program ini.
#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024