CUBAAN SELUDUP BIJIH TIMAH BERNILAI RM1.5 JUTA, 4 WARGA INDONESIA DITAHAN

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang dan Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot kargo sarat dengan 420 guni serbuk bijih timah dianggarkan bernilai RM1.5 juta dipercayai cuba diseludup ke negara ini dari Indonesia dalam satu operasi khas.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab, berkata bot kargo itu dikesan dalam keadaan mencurigakan menuju ke Sungai Endau oleh bot ronda Maritim Malaysia pada Rabu lalu.

Beliau berkata, pergerakan dan aktiviti bot terbabit terus dipantau seterusnya ditahan di jeti pendaratan ikan persendirian Tanjung Gemok, Kuala Rompin, kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, pemeriksaan mendapati, ia adalah bot kargo Indonesia dikendalikan oleh nakhoda bersama tiga kru warga Indonesia berusia 34 dan 40 tahun bersama timbunan bungkusan guni berisi pasir hitam disyaki tin ore (bijih timah).

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati, semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen

kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa muatan kargo atau barang berduti dan merapat di jeti pendaratan ikan persendirian. Nakhoda bot juga tidak memaklumkan ketibaan kepada pihak berkuasa dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot, nakhoda dan semua kru bersama hasil rampasan ditahan dan di bawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan terutama di perairan Pahang khasnya.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut