BANDUAN DIBERI PELUANG BEKERJA SEBAGAI KRU VESEL LAUT DALAM – KP PERIKANAN

KUANTAN: Jabatan Perikanan mempelawa pemain industri perikanan untuk mengambil banduan yang menjalani Sistem Parol, termasuk yang menerima Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) berkerja sebagai kru vesel (bot atau kapal) laut dalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya mengadakan perjanjian dengan Jabatan Penjara Malaysia berkaitan tenaga kerja banduan dalam sektor perikanan.

Beliau berkata, usaha menjadikan golongan banduan sebagai kru vesel laut dalam dilakukan bagi menampung kekurangan kru tempatan.

Berdasarkan rekod jabatan tahun lalu, beliau berkata, lebih 25,000 kru vesel laut dalam seluruh negara terdiri daripada warga asing dari Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Katanya, seramai 18,000 orang daripadanya di Semenanjung dan bekerja dengan beberapa syarikat.

“Sudah lama sektor perikanan laut dalam negara kekurangan kru tempatan, kekurangan itu terpaksa diisi oleh kru warga asing yang hadir hampir setiap tahun ke negara ini.

“Vesel laut dalam Zon C, C2 dan C3 dalam satu masa memerlukan antara 15 hingga 30 kru atau awak-awak, kekurangan kru akan menimbulkan banyak masalah pada tekong dan pemilik vesel,” katanya dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 778 vesel laut dalam termasuk bot peranti pengumpul ikan di seluruh negara, dan hanya 450 sahaja yang aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan di 100 hingga 200 batu nautika dari pantai.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut