SK ZAINAB 1 WAKILI MALAYSIA KE KEJOHANAN ROBOT OLIMPIAD DI ITALI

Sekolah Kebangsaan Zainab 1 terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan World Robot Olympiad Terbuka (WRO) yang akan berlangsung di Brescia, Itali pada 25 hingga 28 September 2024.

Kejuaraan akhir peringkat antarabangsa dianjurkan oleh negara yang berbeza pada setiap tahun.

Lebih daripada 400 pasukan menyertai pertandingan ini dan lebih daripada 2,500 orang akan menghadiri acara tersebut.

Tiga pelajar tahun enamΒ  SK Zainab 1 iaitu Nur Aunisofea Mohd Zalaruddin, Wan Aufa Ayuni Wan Akmal dan Nur Aisya Eryna Mohd Hafizal terpilih dan mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia.

Semoga pasukan ini berjaya memperoleh kemenangan sekali gus menaikkan nama negeri Kelantan pada kejohanan peringkat dunia nanti!

 

SK Zainab 1 boleh!

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut