SISTEM TEKNOLOGI RAWATAN AIR BERSIH MANFAAT PENDUDUK SETEMPAT

TINJAU: Hassan ketika pada majlis perasmian berkenaan.

TAWAU: Projek Sistem Teknologi Rawatan Air Bersih Ultra Turasan Bertenaga Solar Kawalan IOT yang dilaksanakan di Kampung Brantian akan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir berkata, projek itu dilaksanakan dibawah Program lnisiatif lnovasi Sosial Malaysia (MylS Komuniti) merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) dan Yayasan lnovasi Malaysia (YIM).

Katanya, program itu telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 sehingga 2020 dan diteruskan pada tahun 2021 sehingga kini.

“Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan projek ini dengan Kampung Brantian dipilih sebagai penerima pertama bagi negeri Sabah, kerana ia memberi manfaat kepada penduduk kampung”, katanya semasa merasmikan projek itu pada Sabtu.

Katanya, inisiatif oleh MOSTI dan YIM bertujuan mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.

Menurutnya, dengan tema ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’ objektif projek itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

“Ini adalah seiring dengan pelan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam elemen ‘Jaringan lnfrastruktur dan Kelestarian Hijau’,” katanya.

Hassan mahu masyarakat penduduk Kg. Brantian dapat menggunakan Sistem Teknologi Rawatan Air itu dengan sebaiknya demi kebaikan bersama dengan pemantauan oleh pemimpin kampung dan pegawai-pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik.

Beliau yakin dengan sokongan padu daripada semua pihak, projek ini akan terus memberikan manfaat berterusan kepada komuniti setempat.

“Kejayaan hari ini adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, kerjasama dan komitmen, kita dapat mencapai apa yang kita cita-citakan.

“Saya berharap projek ini dapat dijadikan contoh kepada usaha-usaha yang Iain. Marilah kita berganding bahu untuk memastikan kelestarian projek ini demi kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut