PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT: ROBERT

ALBUM: Robert semasa meninjau perjalanan program itu yang diadakan di Dewan Dato Angian Andulag, Pekan Apin-Apin.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik hadir pada Program Mahkamah Bergerak yang diadakan di Dewan Dato Angian Andulag, Pekan Apin-Apin yang dikelola Mahkamah Negeri Sabah.

Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat ialah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor; Pejabat ADUN Liawan; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor; UPPM Liawan; Pejabat Daerah Keningau; Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau; Jabatan Pendaftaran Negara; Mahkamah Anak Negeri; Jabatan Insolvensi Malaysia Sabah; Jabatan Bantuan Guaman; Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis DiRaja Malaysia.

Selain itu, turut terlibat sama ialah Pertubuhan Peguam Sabah (Sabah Law Society) dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Antara pengisian dalam program itu termasuklah perkhidmatan dari Mahkamah Majistret iaitu endosmen sijil lahir daftar lewat, Urusan Surat Akuan dan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah dan Khidmat Nasihat Perundangan.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi juga masyarakat dari Tenom, Nabawan dan Tambunan bagi berurusan dengan agensi terlibat.

Beliau berharap ia akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan khidmat itu terutama membabitkan urusan-urusan dokumentasi terutama kelewatan daftar surat lahir dan lain-lain yang berkaitan.

“Saya amat berharap program seumpama ini diteruskan di masa akan datang kerana saya percaya masih ramai lagi masyarakat kita yang menghadapi masalah dalam urusan dokumentasi termasuk lain-lain urusan berkaitan, ” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut