WARGA EMAS RUGI RM178,700 TERPEDAYA ‘PHONE SCAM’

Seorang warga emas kerugian RM178,700 selepas terperdaya dengan panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku daripada Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, di Nilai semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 60 tahun itu pada 11.57 malam, Rabu lepas. Kejadian berlaku pada 25 Julai apabila mangsa dihubungi oleh suspek yang mengaku dari cawangan AMLA, memaklumkan bahawa akaun bank warga emas itu terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. Mangsa kemudiannya telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM178,700.

Pengadu menyedari ditipu selepas memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya sebelum bertindak membuat laporan polis. Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut. Orang awam dinasihatkan agar membuat semakan melalui portal Semakmule (https://semakmule.rmp.gov.my) sebelum membuat sebarang pemindahan wang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …