WARGA EMAS HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI KEBUN HALIA

SELAMAT: Mangsa selamat diserahkan kepada pihak keluarganya untuk tindakan lanjut.

TUARAN: Seorang warga emas lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Sinulihan di sini berjaya ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Muhammad Nor Amit berkata, mangsa berumur 80 tahun itu ditemukan pada jam 3.10 petang oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan kebun halia dalam keadaan lemah.

β€œPasukan bomba ke lokasi mangsa untuk membantu mengangkat mangsa ke kawasan selamat.

β€œMangsa kemudian diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan selanjunya,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa selepas penduduk kampung melihat mangsa menuju ke kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut