TNB PERUNTUKKAN RM10 JUTA PAMPASAN EMPANGAN NENGGIRI

TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi membayar pampasan kepada penduduk Orang Asli yang terbabit dengan pembinaan Projek Hidro Elektrik Nenggiri.

Jumlah itu termasuk untuk pampasan kerosakan hasil tanaman dan ladang penduduk terbabit.

Ia membabitkan 245 keluarga yang terkesan dan diberikan dalam bentuk kewangan.

Selain pampasan dari segi kewangan, TNB juga menyediakan pampasan dalam bentuk barangan iaitu pembinaan penempatan baharu kepada penduduk di sini.

Ia dari segi memberi rumah, dusun dan ladang getah termasuklah infrastruktur yang diperlukan seperti sekolah, surau, bekalan elektrik, bekalan air.

Pembinaan penempatan ini sedang rancak dijalankan, setakat ini status kemajuan adalah 30 peratus, kita dijangkakan penempatan ini akan boleh diduduki pada pertengahan 2026.

 

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut

KALKULATOR BIL ELEKTRIK

Nak tahu anggaran kos bil elektrik bulanan anda pada masa akan datang mengikut jadual tarif baharu? Kini anda boleh menggunakan …
Maklumat Lanjut