POLIS KELANTAN LUPUS DADAH BERNILAI RM89 JUTA

Polis Kelantan melupuskan dadah bernilai lebih RM89 juta membabitkan rampasan sejak 1997 sehingga tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dadah terbabit sudah melalui proses di mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.

Rampasan dadah terbabit termasuk pil kuda, syabu, heroin, kanabis yang bernilai lebih RM89 juta.

“Pelupusan barang kes ini dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan mengikut perintah Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 17,694 orang atas pelbagai kesalahan dadah.

Menerusi tangkapan berkenaan PDRM merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM10 juta.

Selain itu, PDRM turut menyita aset RM3 juta dan seramai 68 pengedar dadah diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut