PATAH TANGAN DAN KAKI ANGKARA ANJING

Gara-gara tidak sempat mengelak seekor anjing melintas secara tiba-tiba, seorang lelaki patah tangan kiri dan kaki kanan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang di Taman Bandar Senawang di sini. Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja. Menurutnya, insiden terbabit berlaku secara mengejut yang menyebabkan dia tercampak dari motosikal.

Anjing itu dari tepi jalan tiba-tiba saja melompat ke tengah jalan dan dia tidak sempat hendak brek menyebabkannya tercampak dari motosikal. Dia kemudian cuba untuk bangun, tapi tak boleh dan ketika itu dia sudah menjangka kakinya patah.Β  Dia kemudian menghubungi rakan dan isterinya memaklumkan kejadian malang berkenaan sebelum mereka datang ke lokasi dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan telah mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri serta sudah membuat pembedahan bagi memasukkan besi. Dia Β bersyukur kerana selamat dan ini kali pertama dia terlibat dalam insiden membabitkan anjing liar.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa tempatan dapat bertindak lebih agresif menangkap anjing-anjing liar di kawasan terbabit .Ini kerana katanya, ada yang mungkin boleh bertindak agresif sehingga membahayakan orang ramai.

Sumber:Β Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut