MULA-MULA PERANG MULUT AKHIRNYA BERGADUH

Bermula dengan pertengkaran mulut akhirnya telah membawa kepada pergaduhan yang menyebabkan seorang cedera dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini, pada Ahad.Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kejadian pada jam 11 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 17 tahun itu sedang berada di restoran berkenaan. Semasa mangsa berada di sebuah restoran itu, dia telah dipukul oleh dua rakannya berusia 16 dan 18 dengan menggunakan tangan dan kerusi di bahagian badan dan kepala. Mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Polis menerima laporan mangsa yang mendakwa dipukul dua rakannya pada Isnin dan video pergaduhan terbabit turut tular di media sosial pada Selasa. Punca pergaduhan dipercayai bermula dengan pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan diklasifikasikan sebagai kes mendatangkan kecederaan. Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut