MBS ROBOH 205 PAPAN TANDA IKLAN HARAM DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah merobohkan 205 daripada 225 papan tanda iklan haram di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu, setakat ini. Menurut Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan ke atas baki 20 papan tanda iklan haram sebelum 31 Ogos ini. Usaha membendung pembinaan papan tanda iklan haram ini penting kerana ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna lebuh raya.

Selain perobohan papan tanda iklan, MBS akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membawa pihak terlibat ke mahkamah mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan serta Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan.Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dilaporkan berkata, MBS kerugian setengah juta ringgit ekoran pemilik produk dan perkhidmatan yang memasang papan tanda iklan haram. Jumlah itu berdasarkan anggaran iaitu RM1,200 untuk cukai taksiran dan tidak termasuk permit bangunan dan lesen iklan serta tanah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut