DBKK SITA BARANGAN PENIAGA BEROPERASI TANPA LESEN DI KKIP

SITA: Penguatkuasa DBKK memunggah barangan peniaga tanpa lesen di KKIP.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita barangan peniaga beroperasi tanpa lesen di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di Sepanggar di sini.

Laman rasmi DBKK dalam satu perkongsian menyatakan sitaan dilakukan menerusi operasi bersepadu yabg diketuai Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK di Jalan 7, KKIP Timur.

“Operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu dilakukan selepas dua notis arahan menghentikan aktiviti menjaja dikeluarkan sebelum ini.

“Antara yang disita dalam operasi itu ialah barangan dan logistik berniaga seperti kanopi dan meja yang digunakan enam peniaga tidak berlesen.

“Tindakan berkenaan dikuatkuasakan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (Hawker By-Laws) 1966 mengikut kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah dan di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua penjaja untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan demi menjamin keteraturan dan kesejahteraan bandar raya Kota Kinabalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut