IMIGRESEN KELANTAN GEMPUR KAWASAN PERINDUSTRIAN, PERIKSA 123 WARGA ASING

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya telah menyerbu sebuah kawasan perindustrian di sekitar Kuala Krai, Kelantan awal pagi tadi.

Operasi yang bermula sekitar kira-kira jam 9.10 pagi telah berjaya memeriksa warga China yang terdiri daripada 70 orang, warga Bangladesh 28 orang, warga Myanmar 11 orang, warga Pakistan 2 orang dan diikuti seorang warga Thailand.

Hasil risikan dan aduan yang diterima mendapati kawasan perindustrian tersebut disyaki menggunakan khidmat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sejak lebih lima bulan lalu.

Warga asing ini dibayar gaji minimum RM1000 berdasarkan kemahiran dan pengalaman dimana kesemua mereka yang ditahan adalah dalam lingkungan umur 24 hingga 50 tahun.

Kesemua warga asing berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 

[ADUAN PATI] Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Negeri Kelantan melalui saluran berikut:

☎️ 019 – 9840377 💻 https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

 

Sumber: JIM Kelantan

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut