HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: RANG UNDANG-UNDANG IMIGRESEN MALAYSIA DILULUSKAN

Pada hari ini (21 Ogos) dalam tahun 1959, satu Rang Undang-undang yang menjadikan dan menerima Ordinan Imigresen 1959 bagi Malaysia dan membuat perbekalan-perbekalan tambahan berhubung dengan kemasukan ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Rang Undang-undang mengenai kawalan-kawalan khas untuk Wilayah Sabah dan Sarawak ini telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak. Rang Undang-undang ini digubal bertujuan memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak untuk mengawal kemasukan orang-orang dari Wilayah Malaysia.

Rang Undang-undang ini mempunyai dua prinsip iaitu pertama, memberi perlindungan dari kegiatan-kegiatan bebas orang-orang dari wilayah-wilayah lain dalam Persekutuan Malaysia. Prinsip kedua pula menyentuh soal kemasukan orang-orang asing ke dalam mana-mana negeri wilayah Borneo itu adalah terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat yang dijalankan oleh Pegawai Imigresen mengikut arahan-arahan yang diberikan kepadanya oleh Menteri yang berkenaan.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut