Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias yang terkesan dengan pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri, akan dipindahkan mulai pertengahan 2026.
Pemindahan penduduk Orang Asli itu akan dilakukan secara peringkat selepas empangan hidroelektrik itu siap dibina.
Pada masa ini TNB sedang membina rumah mereka di penempatan yang dipilih oleh komuniti berkenaan.
Ia melibatkan 245 Ketua Isi Rumah (KIR), iaitu 84 KIR di Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias dengan keluasan 720 ekar, dan 161 KIR di Pos Tohoi dengan keluasan 1,337 ekar.
Projek Hidroelektrik Nenggiri itu akan membentuk:
- Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer (km) persegi
- Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 km persegi danΒ berupaya menjana 300 megawatt (MW).
Projek hidroelektrik yang menelan kos RM5 bilion dan mula dibina pada Mac 2022 dijangka siap sepenuhnya pada November 2027.
Kemajuan pembinaan empangan hidroelektrik itu, kini mencapai 40.5 peratus dan sedang berjalan mengikut jadual.
Sumber: Bernama