Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan info bagi situasi semasa kes demam denggi di negeri Terengganu sehingga ME 33 Tahun 2024. Berdasakan perkongsian, sebanyak 165 kes dilaporkan berlaku berbanding hanya sebanyak 178 bagi tempoh yang sama tahun 2023 dimana menunjukkan penurunan sebanyak 7.33 %.
Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi:
- Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari;
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi;
- Ruam merah di kulit juga boleh terjadi;
- Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam;dan
- Muntah dan kurang selera makan
Sumber: JKNT