REMAJA 15 TAHUN DITAHAN TUNGGANG MOTOSIKAL CURI

Seorang remaja lelaki bawah umur ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi di Jalan Persiaran Pusat Bandar berhampiran Dataran Nilai di sini pada Sabtu. Remaja berusia 15 tahun itu ditahan jam 11 malam dalam Operasi Samseng Jalanan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek menunggang motosikal yang telah dilaporkan hilang sebelum ini. Motosikal yang dipercayai dicuri itu menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika ditahan.

Sementara itu, sebanyak 47 motosikal telah diperiksa dan membabitkan 55 individu dalam operasi itu. Operasi yang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 5.00 pagi itu telah mengesan pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos dan struktur kenderaan tanpa kebenaran. Sebanyak 148 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi dijalankan. Selain itu sebanyak 31 motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak-anak kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut