35 RUMAH MESRA SMJ SIAP DI DUN KARANAAN, 25 MASIH DILAKSANAKAN

RANAU: Sebanyak 60 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan sejak 2022 dengan 35 daripadanya sudah disiapkan setakat ini.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata setiap tahun kerajaan komited membina sebanyak 20 Rumah Mesra SMJ di setiap DUN, termasuk DUN Karanaan.

Katanya, rumah untuk keluarga golongan rentan atau miskin tegar dan mangsa bencana itu bernilai RM80,000 seunit.

“Rumah Mesra SMJ yang bernilai RM80,000 seunit ini menjadi bukti kukuh keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat, terutama mangsa bencana dan warga rentan.

“Saya berharap kesemua 60 unit Rumah Mesra SMJ yang telah diluluskan sehingga tahun 2024 dapat disiapkan mengikut jadual supaya rumah-rumah ini dapat diserahkan kepada penerima seberapa cepat yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ kepada 23 ketua isi rumah (KIR) bagi DUN Karanaan di Kampung Pahu, dekat sini, Sabtu lalu.

Masidi menyerahkan replika kunci kepada penerima Rumah Mesra SMJ bagi DUN Karanaan.

Secara keseluruhan, sebanyak 35 Rumah Mesra SMJ telah siap dibina bagi DUN Karanaan tetapi hanya 23 KIR sempat menghadiri majlis penyerahan kunci, manakala penyerahan kunci kepada 12 lagi KIR yang tidak dapat hadir dibuat secara simbolik.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata kerajaan negeri tetap komited terhadap usaha melaksanakan Rumah Mesra SMJ kepada keluarga yang memerlukan sebanyak 20 unit setahun sejak 2022.

Kerajaan negeri melancarkan program Rumah Mesra SMJ pada 28 September 2022 sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar dan menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan B40.

Rumah Mesra SMJ mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah untuk memiliki rumah secara percuma.

Sementara itu, Masidi turut menyempurnakan pecah tanah projek naik taraf Jalan Mohimboyon-Lipantai-Pahu, sepanjang enam kilometer.

Jalan batu kelikir itu akan diturap, selain turut membabitkan pembinaan jambatan baharu, sistem perparitan dan perlindungan cerun.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut