DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Kempen keselamatan jalan raya terus dipergiatkan melalui medium sembang santai yang telah diadakan bersama warga kerja Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Program seumpama ini bertujuan memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu dan penunggang sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah dan selamat di kalangan penunggang motosikal dan pemandu kereta khususnya semasa perjalanan pergi dan balik dari kerja.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang