KETAHUI FUNGSI DAN PERATURAN SIMPANG BERPETAK KUNING

Simpang berpetak kuning direka untuk memastikan laluan adalah lancar dan tidak berlaku halangan kepada kenderaan yang sedang bergerak. Petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan.

Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

Perbuatan memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar. Kesalahan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah. Ikuti infografik berikut bagi mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan-peraturan ketika menggunakan simpang berpetak kuning.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut