PENJAWAT AWAM DITAHAN TUNGGANG MOTOSIKAL CURI

Seorang penjawat awam ditahan dalam Op Khas Motosikal di daerah ini pada Rabu kerana menunggang motosikal curi. Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, lelaki berusia 38 tahun itu didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR yang dilaporkan hilang tujuh tahun lalu. Polis menerusi Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menjalankan sekatan jalan raya sempena Op Khas Motosikal di kawasan pentadbiran IPD Port Dickson.

Dalam sekatan diadakan, polis telah mengesan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dipercayai menunggang motosikal curi. Hasil semakan lanjut mendapati, motosikal terbabit telah dilaporkan hilang pada 2017 di daerah Melaka Tengah. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan. Pihaknya memandang serius sebarang aktiviti jenayah dan tindakan tegas akan diambil.

Orang ramai dinasihatkan supaya memberi perhatian ke atas keselamatan harta benda supaya sentiasa berkunci khasnya motosikal yang diletakkan tanpa pengawasan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …