PEMBANTU TADBIR KOLEJ VOKASIONAL DIDAKWA KES TUNTUTAN PALSU RM22,058

Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan barang keperluan pejabat kolej berjumlah lebih RM20,000. Foziana Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat memperdayakan kolej berkenaan apabila menggunakan Baucar Bayaran Bagi Pembekalan Barang Keperluan Pejabat bertarikh 5 Disember 2022 berjumlah RM4,757.10. Tertuduh mempunyai kepentingan dan sebab mempercayai dokumen itu mengandungi butir matan palsu, yang mana sebenarnya pembekalan tidak dibuat. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama menggunakan baucar sama bertarikh 6 Januari 2023 membabitkan jumlah RM17,301.50. Perbuatan dilakukan pada 5 Disember 2022 dan 6 Januari 2023 di kolej berkenaan, dekat Rembau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon jaminan RM8,000 dikenakan dengan seorang penjamin selain suami tertuduh serta dua syarat tambahan. Peguam Noramin Petra Norhanapiah yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 memandangkan tertuduh dan suami menanggung enam anak berusia empat hingga 16 tahun dengan pendapatan kurang RM6,000 sebulan. Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan tertuduh perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Seremban sehingga kes selesai. Sebutan semula pada 13 September depan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …