LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan sebuah kapal tangki di kedudukan 8.6 batu nautika utara Pulau Labuan, baru-baru ini.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, kapal peronda APMM yang sedang menjalankan rondaan OP Sejahtera 1/2022 dan OP Tiris 3.0 melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kapal tangki berwarna jingga yang sedang beroperasi di perairan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu dipercayai dikendalikan oleh ketua pegawai kapal berusia 37 tahun dan ketua jurutera berusia 29 tahun masing-masing warga Indonesia.
“Kapal tangki yang membawa muatan diesel sebanyak 30,000 liter disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Petroleum 1984 iaitu beroperasi tanpa Petroleum Development Act (PDA) iaitu bukti invois pembelian bahan bakar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Pegawai APMM Labuan menjalankan pemeriksaan kapal tangki di perairan Lahuan. – Foto/APMM
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua tujuh kru kapal juga disyaki memiliki dokumen yang meragukan dan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
“Ketua pegawai kapal dan ketua jurutera serta kru kapal berserta dokumen ditahan dan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kelakuan jenayah di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam setiap hari,” katanya.
#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024
Sumber: INFO X