PGA TINGKATKAN KEMAHIRAN PERANG ANGGOTA

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran peperangan, termasuk ‘Sea Combat’ bagi memperkasakan kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman.

Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, usaha ini dilaksanakan melalui latihan secara berterusan.

“Latihan secara berterusan ini adalah bagi melahirkan pegawai dan anggota polis PGA yang mahir dalam ilmu tempur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara penutupan Kursus Asas Sea Combat Briged Sabah Siri 1-2024 di Pantai Payang, di sini, semalam.

Hadir sama, Komander Briged PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias dan Ketua Staff Pasukan Khas ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Nasaruddin M Nasir.

Beliau berkata, seramai 40 orang pegawai dan anggota PGA dan Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menamatkan latihan yang merangkumi fizikal, survival, teknikal di laut dan semua elemen di bawah KDNKA.

Katanya, kursus yang berlangsung selama 30 hari ini telah membabitkan 17 jurulatih yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah PGA Batalion 17 Lahad Datu, Superintendan Victor Cardona.

“Objektif pelaksanaan kursus ini adalah bagi mengemaskini penguasaan ilmu ‘sea combat’ untuk persediaan menghadapi penugasan di batalion masing-masing terutamanya semasa rondaan dan penugasan operasi.

“Kursus ini juga memberi pendedahan kepada elemen tempur laut PDRM berkaitan teknik-teknik baru mengikut keperluan semasa,” tambahnya.

Sementara itu, Mohamad Suzrin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terbabit kerana berjaya mencapai semua matlamat yang dirancangkan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024 

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut