KURANG KERJA, ISU PENDIDIKAN ANTARA CABARAN DIHADAPI BELIA SABAH

KOTA KINABALU: Kekurangan peluang pekerjaan, isu pendidikan dan kekurangan infrastruktur yang menyokong perkembangan belia diakui sebagai antara cabaran yang dihadapi golongan belia di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengakui cabaran berkenaan bagaimanapun berkata kerajaan negeri kini giat untuk menanganinya demi kepentingan belia.

“Antara cabaran yang wujud termasuklah kekurangan peluang pekerjaan, isu pendidikan dan kekurangan infrastruktur yang menyokong perkembangan belia, yang kini giat ditangani oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah, Sidang II, Penggal Ke-34, Tahun 2022-2024, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin.

Hajiji berkata, dalam aspek pendidikan, kerajaan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa berbincang untuk menangani semua masalah berkaitan pendidikan untuk dilanjutkan kepada Kementerian Pendidikan.

Jelasnya, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Yayasan Sabah turut menyediakan tajaan seperti biasiswa, dermasiswa dan pinjaman bagi membolehkan anak-anak Sabah meneruskan pendidikan menengah dan pengajian tinggi.

“Sabah turut melakar sejarah dengan kejayaan menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS). Ia adalah pendekatan holistik untuk menyelaraskan semua badan penaja di Sabah dan pemberi bantuan pendidikan.

“Dalam konteks peluang keusahawanan pula, antara nisiatif yang diberikan merangkumi kursus kemahiran melibatkan pemberian geran dan dana serta program latihan keusahawanan melalui Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) bagi menggalakkan belia menceburi bidang perniagaan untuk menjana pendapatan dan ekonomi,” katanya.

Hajiji berharap lebih banyak isu berkaitan kepentingan dan keperluan belia di Sabah dapat dikupas dalam persidangan itu untuk diangkat ke Majlis Perundingan Belia Negara peringkat kebangsaan agar belia Sabah tidak ketinggalan.

“Komitmen kita ialah memastikan belia Sabah mencapai kejayaan dan kecemerlangan seiring dengan Hala Tuju SMJ dan Malaysia Madani,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada kesejahteraan ekonomi belia, termasuk latihan dan kursus kemahiran untuk memperkasa golongan itu.

Katanya, agenda pembangunan modal insan khususnya golongan muda dan belia akan terus diberi penekanan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama.

Sehubungan itu beliau mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama dalam usaha memperkasakan belia Sabah, sama ada kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat.

Hajiji berkata, belia adalah generasi masa depan yang akan meneruskan legasi pembangunan negeri, agen perubahan, inovator dan pemimpin masa hadapan.

“Adalah penting untuk kita memberikan mereka platform yang sesuai untuk berkembang dan memberi sumbangan. Dengan sokongan yang tepat, belia dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya negeri kita,” katanya.

Jelasnya, Sabah mengalami pelbagai pencapaian dalam pembangunan belia menerusi program latihan kemahiran, inisiatif keusahawanan dan aktiviti sosial yang memberikan impak positif kepada ramai belia di negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut