𝗒𝗣𝗦 π—¨π—Ÿπ—”π—§ 𝗗𝗔𝗑 π—˜-π—›π—”π—œπ—Ÿπ—œπ—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sebanyak 9 buah kenderaan persendirian, kereta sewa teksi dan e-hailing dikenakan tindakan oleh JPJ Negeri Pulau Pinang kerana menjalankan perkhidmatan melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penguatkuasaan β€˜Ops Ulat’ ini diadakan selama 2 hari bermula 9 dan 11 Ogos 2024.

Sepanjang penguatkuasaan diadakan, kesalahan dikesan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, iaitu kenderaan persendirian mengambil penumpang tanpa Lesen Pengendali sebanyak 3 notis dan kenderaan turut disita. Kesalahan dibawah Seksyen 22 APAD 2010, Langgar Syarat Permit sebanyak 2 notis dan meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan sebanyak 4 notis. Penumpang yang diambil adalah pelancong warganegara luar dan tempatan dengan dikenakan kadar bayaran mengikut distinasi dituju.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut