PENINGKATAN PENYAKIT JANTUNG DALAM KALANGAN MUDA MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Penyakit jantung yang sering dianggap masalah golongan tua, kini semakin menjejaskan penduduk muda di Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan kes ‘pembunuh senyap’ ini.

Kajian perubatan terkini menunjukkan peningkatan kes penyakit jantung iskemik, atau lebih dikenali sebagai serangan jantung, dalam kalangan penduduk muda Malaysia sepanjang dekad yang lalu.

Di Malaysia, kematian akibat penyakit jantung iskemik semakin meningkat, dengan statistik menunjukkan peningkatan daripada 9,300 kes pada tahun 2010 kepada 20,300 kes pada  2022.

Beberapa faktor menyumbang kepada peningkatan serangan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk:

  • gaya hidup sedentari
  • pilihan pemakanan yang tidak sihat
  • tabiat merokok,
  • redisposisi yang tidak dapat dielakkan (sejarah keluarga dan genetik).

Menghindari penyakit jantung memerlukan perubahan gaya hidup yang signifikan.

Oleh itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang kerap, mengamalkan diet sihat dan mengelakkan merokok.

Selain itu pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu terutamanya bagi mereka yang mempunyai faktor risiko yang dinyatakan sebelum ini atau sejarah keluarga penyakit jantung.

Pengesanan awal dan pengurusan keadaan seperti diabetes dan kolesterol tinggi juga adalah penting.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …