RISDA FOKUS MAJUKAN PEKEBUN KECIL GETAH KELANTAN

RISDA menerusi pelbagai inisiatif memberi fokus membangunkan 82,882 pekebun kecil getah di Kelantan yang layak menerima bantuan membabitkan kawasan seluas 178,275 hektar tanaman getah di 11 jajahan di negeri itu.

Usaha membangunkan pekebun kecil getah di negeri itu dijalankan menerusi Program Tanam Semula Getah agensi ini bagi memperkasakan lonjakan transformasi sektor pertanian.

Daripada peruntukan sebanyak RM676 juta tahun ini bagi pembangunan pekebun kecil getah di seluruh negara oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sejumlah RM87.71 juta diperuntukkan untuk Pelan Pembangunan RISDA Kelantan 2024.

Peruntukan ini merangkumi lima inisiatif utama:

  1. Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil yang menerima peruntukan terbesar sebanyak RM45.51 juta termasuk aktiviti tanam semula dan bantuan angkutan pedalaman;

2. Peningkatan Produktiviti Getah (PROGET) sebanyak RM4 juta;

3. Peningkatan Produktiviti Lateks (PROTEKS) dengan nilai RM160,000;

4. Pembangunan Semula Hasil Baharu dengan nilai RM3.56 juta;

5. Program Rawatan dan Pencegahan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) sebanyak RM1.1 juta.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut