GARIS PANDUAN TATAKELOLA BADAN BERKANUN PASTIKAN KETELUSAN, INTEGRITI

Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berupaya memastikan pengurusan BBP di negara ini lebih telus, berintegriti dan mempunyai kebertanggungjawaban.

Melalui Audit Dalam di bawah garis panduan yang lebih berperanan aktif, sebarang ketidakpatuhan dan risiko dalam pengurusan dapat dikenal pasti dan diperbaiki dengan segera.

Pemerkasaan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus yang baik dalam sektor awam.

Ia susulan pelancaran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola BBP, yang mula dikuat kuasa kerajaan menerusi arahan pekeliling yang dikeluarkan pada 30 April lalu.

Ia bertujuan memberi panduan kepada kementerian, agensi pengawal dalam pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan pengurusan serta tatakelola BBP.

Di bawah garis panduan itu, BBP, antara lain perlu menubuhkan Unit Audit Dalam untuk melaksana pengauditan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman serta menyarankan penambahbaikan dalam pengurusan agensinya.

Laporan dikeluarkan Unit Audit Dalam itu kemudian perlu dibentang kepada mesyuarat Lembaga Pengarah BBP berkenaan sekurang-kurangnya setiap suku tahun.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut