KKOM memaklumkan potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mula diedarkan pada 8 Ogos 2024.
Jabatan Penerangan (JaPen) akan menerima potret rasmi itu, manakalaΒ Β kementerian-kementerian dan jabatan lain boleh mendapatkannya di Kementerian Komunikasi.
Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan potret rasmi secara percuma pula boleh berhubung dengan Jabatan Penerangan Negeri dan Pegawai Penerangan Daerah masing-masing.
Sumber: Bernama