Penyedia platform media sosial, Meta memohon maaf atas penghapusan hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jurucakap Meta berkata, kandungan berkenaan dipulihkan dengan label berita yang betul dan bersesuaian.
Kerajaan menuntut permohonan maaf daripada Meta kerana menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar berkait Ismail Haniyeh.
Pejabat Perdana Menteri melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan.
Hantaran yang diturunkan Meta termasuk melibatkan kenyataan takziah Anwar kepada pemergian Ismail, selepas pemimpin Palestin itu terbunuh di Teheran, Iran, pada 31 Julai.
Sumber: Sinar Harian