SEBUTIR NASI SEJUTA KERINGAT

Tanggal 6 Ogos, Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi tarikh tersebut sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan ia kekal diingati sehingga hari ini.

HPPNK yang disambut saban tahun merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap jerit perih dan pengorbanan mereka bukan sahaja memastikan makanan yang berkualiti sampai ke meja makan setiap rakyat Malaysia malahan mewujudkan kekukuhan ekonomi negara. Ketidakjaminan makanan akan menggoyahkan hak asasi manusia dan menjadi masalah kesihatan, pemakanan dan pembangunan sejagat

Dalam kita berdepan dengan cabaran global seperti perubahan iklim dan ketidakstabilan pasaran atau geopolitik, peladang, penternak dan nelayan seharusnya terus bersama-sama membangunkan inovasi dan mengadaptasi teknologi terkini dalam Amalan Pertanian Pintar bagi memastikan industri pertanian kekal relevan dan kompetitif.

Menurut Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), keberanian dan kesungguhan mereka dalam menghadapi cabaran tersebut amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang. Penggunaan teknologi terkini dalam sektor pertanian seperti penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT), Global Positioning System (GPS), Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan dron dapat membantu para petani meningkatkan daya tahan bagi menghadapi bencana alam dan pandemik.

Pertambahan pendapatan perkapita dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi memacu kepada perubahan corak permintaan bahan-bahan makanan dan penekanan kepada aspek kualiti dan pengenalan akan menjadi bertambah penting. Dengan corak pemakanan yang berbeza, rakyat Malaysia membelanjakan ke atas bahan-bahan makanan yang lebih menarik dan bermutu seperti yang mengandungi banyak protein dan sebagainya. Menurut LPP, ini secara langsung akan menentukan corak bekalan makanan dan cara pemasaran yang perlu diwujudkan dalam negara.

Penggunaan perkapita untuk daging, buah-buahan dan sayuran dijangka akan terus meningkat. Ini bermakna bahawa bukan sahaja bekalan makanan tersebut perlu disesuaikan kepada permintaan, bahkan jumlah pengeluarannya perlu ditingkatkan selaras dengan daya belanja yang meningkat dan jangkaan pertumbuhan penduduk. Dalam masa yang sama, bekalan-bekalan input perlu ditingkatkan seperti bahan-bahan pemakanan kepada industri ternakan iaitu jagung bijirin, kacang soya dan sebagainya.

Perubahan dalam amalan pertanian

Menurut LPP, perubahan-perubahan struktur dalam sektor pertanian memerlukan pengorbanan yang besar daripada peladang, penternak dan nelayan. Untuk mencapai kejayaan, sektor agro makanan harus peka, bersedia menerima dan membuat perubahan dalam amalan pertanian. Ia termasuklah penggunaan teknologi baharu, mengkomersialkan penggunaan tanah, pengurusan ladang secara moden dan sistematik.

Ekosistem pertanian lestari

Seorang peladang, penternak dan nelayan seharusnya serba mengetahui atau apabila negara mencapai kemajuan, mereka juga turut sama menikmati kemudahan dan kemakmuran dari pelbagai aspek penghidupan mereka. Peladang, penternak dan nelayan sewajarnya bersama-sama membangunkan ekosistem pertanian yang lestari dan mampan.

Semoga peladang, penternak dan nelayan terus menerajui kecemerlangan dalam agenda β€˜Keterjaminan Makanan Negara Untuk Masa Depan’.

Selamat Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Kali Ke-49 tahun 2024.

Sumber: Sinar Harian, 06 Ogos 2024

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut