PAHANG BINA KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH BAHARU BERNILAI RM20 JUTA DI TEMERLOH

KUANTAN, 6 OGOS 2024 : Kerajaan Negeri Pahang akan membina sebuah kompleks mahkamah syariah baharu di Temerloh bernilai RM20 juta bagi menggantikan bangunan sedia ada di Jalan Tok Muda Awang Ngah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata ini sebagai tanda Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius dalam membangunkan institusi Islam di Pahang.

“Kerajaan Negeri Pahang juga telah selesai membina dua buah kompleks mahkamah syariah daerah yang baru bagi daerah Bera dan Maran dengan kos masing-masing sebanyak RM9 juta.

“Manakala Mahkamah Syariah Tinggi selaku mercu tanda Pahang dibina di Indera Mahkota dengan kos RM45 juta.

“Sebenarnya mahkamah syariah sememangnya salah satu intitusi Islam Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa diberi perhatian serius. Kerajaan Negeri Pahang juga telah berjaya menaik taraf pejabat dan pengurusan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia ‘Celik Peranan Mahkamah Syariah’ di Dewan Auditorium Tuanku Canselor UniPSAS.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato’ Abdul Walid Abu Hassan; dan Naib Censelor UniPSAS, YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Pahang juga telah berjaya mewujudkan 14 Rang Undang-undang sebagai punca kuasa dalam menguatkuasakan setiap isu.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua peserta terdiri daripada pelajar, pengamal undang-undang, pendakwah, dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) yang disifatkan dapat memperkasakan undang-undang Islam di Pahang.

Seramai kira-kira 300 peserta telah menyertai seminar anjuran bersama UNIPSAS, Persatuan Peguam Syarie M’sia, dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut