SABAH ANTARA TUMPUAN PELABUR, RM12 BILION DITERIMA DALAM DUA TAHUN – HAJIJI

KOTA KINABALU: Sabah menjadi tumpuan sebilangan pelabur dengan membawa nilai pelaburan mencecah RM12 bilion sejak dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia adalah hasil corak kepimpinan negara yang dinamik dan mesra pelabur sehingga Sabah secara langsung turut menikmati tempiasnya.

Beliau berkata, beribu-ribu peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada anak-anak Sabah hasil kemasukan pelabur domestik dan asing sehingga Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) penuh.

“Ia sekali gus memerlukan Kerajaan Negeri mencari dan mengenal pasti taman perindustrian yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kepesatan sektor perindustrian di negeri ini.

“Nilai pelaburan ini dijangka akan meningkat lagi pada tahun-tahun mendatang, kerana banyak lagi pelabur tempatan dan asing yang menunjukkan minat untuk datang melabur ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Perdana Rakyat di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hajiji berkata, hasil kerjasama yang akrab di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, Sabah berjaya mengikat kerjasama strategik dengan PETRONAS menerusi perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA).

Anwar bersama Hajiji, pemimpin PKR dan Kerajaan Perpaduan pada Himpunan Perdana Rakyat di SICC.

Jelasnya, perjanjian itu memberi banyak peluang dan manfaat kepada Sabah seperti penyertaan lebih besar dalam usahasama penerokaan minyak dan gas di Sabah.

Mengenai isu miskin tegar yang dekat di hati Perdana Menteri, beliau berkata Kerajaan Negeri bertekad menangani isu itu dengan tuntas menerusi pendekatan segera menawarkan pekerjaan kepada golongan berkenaan.

“Langkah ini melibatkan penyertaan beberapa agensi kerajaan, GLC, pihak swasta termasuk pelabur.

“Langkah proaktif ini telah berjaya menurunkan jumlah miskin tegar di Sabah kepada hanya 1,147 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat Julai tahun ini.

“Pendekatan agresif ini akan terus kita laksanakan bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.

“Namun, ini adalah miskin tegar, tapi bilangan rakyat yang termasuk dalam kategori miskin masih ramai di Sabah yang memerlukan pembelaan berterusan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya.

Hajiji berkata, melalui usaha yang berterusan dan agresif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan akan menerokai sumber baharu sebagai tambahan kepada sumber sedia ada.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru (Blue Economy) iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya.

“Negeri Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru.

“Pada Oktober nanti, Kerajaan Negeri akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkaitan ‘The Blue Economy’, yang dijangka akan dilancarkan Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri terus bergerak pantas mendokong dasar pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang selari dengan semangat gagasan Malaysia Madani.

Katanya, Malaysia Madani inginkan negara Malaysia terus membangun pesat, berperanan tinggi di peringkat global dan kembali menjadi negara yang dihormati lagi disegani.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dengan penuh keyakinan, terus mara ke hadapan melaksanakan hala tuju negeri dengan penekanan kepada beberapa sektor penting yang terdapat dalam Hala Tuju SMJ khususnya sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Alhamdulillah, ketiga-tiga sektor ini telah melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Selain itu, kita turut memberi tumpuan untuk membangunan modal insan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

“Dengan dokongan jemaah kabinet negeri segala perancangan dan dasar-dasar dapat dilaksana, sesuai Dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan negeri Sabah,” katanya. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut