POLIS RAMPASAN LEBIH 100 KILOGRAM GANJA DIANGGARKAN LEBIH RM350,000

KUANTAN: Polis merampas 111,663.51 gram dedaun kering kehijauan disyaki ganja di tepi jalan berhampiran kedai makan medan selera Sungai Ular, di sini Khamis lalu, adalah yang terbesar di Pahang tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata semakan mendapati lelaki berusia 48 tahun yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini, bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

“Siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 terhadap harta milik suspek dan sekutu masih diteruskan.

“Siasatan mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan mengambil bekalan dadah dari negeri jiran dengan menjadikan lebuh raya sebagai laluan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Yahaya berkata, suspek ditahan oleh anggota Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 di Kilometer 267 menghala ke Kuala Lumpur pada pada 9 pagi.

Katanya, ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan dalam kenderaan Honda Accord warna merah, suspek bertindak memecut kenderaan berkenaan menghala ke Plaza Tol Jabor.

“Bagaimanapun suspek ditahan di tepi jalan berhampiran kedai makan medan selera Sungai Ular Jalan Kuantan-Kemaman, di sini.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui 107 paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat dedaun kering kehijauan disyaki dadah jenis ganja seberat 111,663.51 gram dianggarkan bernilai RM359,600.

“Dengan tangkapan ini, polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut