KES PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD CECAH KERUGIAN, RM405.1 JUTA – POLIS

KUALA LUMPUR: Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan angka kerugian akibat penipuan pelaburan tidak wujud di negara ini dalam tempoh tujuh bulan tahun ini sudah mencecah RM405.1 juta membabitkan 3,293 kes.

Angka itu sudah melebihi angka kerugian akibat jenayah sama direkodkan pada 2022 iaitu RM217.9 juta membabitkan 3,294 kes, manakala pada 2023, sebanyak 5,554 kes direkodkan dengan kerugian RM475.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata rekod PDRM menunjukkan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi tahun ini setakat 31 Julai lalu iaitu 709 kes dengan kerugian RM115.5 juta.

“Angka itu diikuti dengan Kuala Lumpur (455 kes, RM85.2 juta), Johor (368 kes, RM31.3 juta), Pulau Pinang (241 kes, RM42.9 juta) dan Perak (235 kes, RM32.0 juta).

“Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 191 kes membabitkan kerugian RM13.0 juta, seterusnya Melaka (187 kes, RM18.1 juta), Pahang (187 kes, RM8.2 juta), Kedah (174 kes, RM11.1 juta) dan Sabah (173 kes, RM17.1 juta),” katanya kepada BH, hari ini.

Tambah beliau, Sarawak pula merekodkan 135 kes dengan kerugian RM16.1 juta, Terengganu (109 kes, RM10.2 juta), Kelantan (90 kes, RM3.8 juta) dan Perlis (39 kes, RM509,000).

Jelas Ramli, jenayah pelaburan yang disiasat oleh pihak JSJK PDRM adalah berkaitan penipuan pelaburan tidak wujud dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

“Pihak polis akan membuka kertas siasatan (KS) mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan apabila menerima laporan polis oleh mangsa yang mengadu telah ditipu pelaburan tidak wujud.

“Keputusan siasatan adalah bergantung kepada keterangan yang diperoleh dan arahan pertuduhan akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya sama ada mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau lain-lain pertuduhan,” katanya.

Ramli berkata, lain pertuduhan boleh dikenakan mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen kesalahan yang boleh dikenakan ke atas pemilik akaun keldai.

Tambahnya, keputusan Tiada Tindakan Lanjut atau NFA juga kerap diterima sekiranya kes itu bersifat sivil atau di bawah bidang kuasa agensi lain.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut