- Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan angka kerugian akibat penipuan pelaburan tidak wujud di negara tahun ini sudah mencecah RM405.1 juta membabitkan 3,293 kes sehingga Julai.
- Ia sudah melebihi angka kerugian direkodkan pada 2022 iaitu RM217.9 juta membabitkan 3,294 kes, manakala pada 2023 sebanyak 5,554 kes direkodkan dengan kerugian RM475.4 juta.
- Selangor mencatat jumlah kes tertinggi tahun ini setakat 31 Julai lalu iaitu 709 kes dengan kerugian RM115.5 juta.
- Jenayah pelaburan yang disiasat oleh PDRM adalah berkaitan penipuan pelaburan tidak wujud dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
- Lain pertuduhan boleh dikenakan mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen kesalahan yang boleh dikenakan ke atas pemilik akaun keldai.
Sumber: Berita Harian