Apakah hepatitis ?
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
- Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
- Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
- Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
- Merasa letih
- Kurang selera makanLoya
- Muntah
- Sakit perut (abdomen)
- Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
- Air kencing berubah warna menjadi warna teh
- Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
- Abdominal membengkak
- Sangat mudah lebam
- Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
- Muntah darah
- Najis hitam
Komplikasi sirrosis hati:
- Kanser hati
- Maut
Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.
Kumpulan Sokongan
Malaysian Liver Foundation.
Hepatitis A
Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
- Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
- Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
- Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda. Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A. Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital. Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut. Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.
Lindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.
Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.