Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa inisiatif FLYsiswa kini telah diperluaskan kepada para pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memulakan pengajian antara 1 Januari hingga 31 Mac 2024.
Para pelajar boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).
Sumber : Kementerian Pengangkutan