BUNGA RAYA : FAKTA & SEJARAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA

Sebut sahaja Bunga Raya, kita pasti dapat mengaitkannya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita Malaysia. Bunga ini turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang dan kembang warawiri (Hibiscus rosa-sinensis). Bunga ini ialah spesies tumbuhan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae.

Persoalannya, bagaimanakah bunga ini bole terpilih sebagai Bunga Kebangsaan bagi negara kita? Berikut dikongsikan fakta tentangnya.

 

Kegunaan & Varieti Bunga Raya

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika.

Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan kacukan telah dihasilkan dengan warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. ‘

Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

 

Sejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan:

  1. Bunga raya
  2. Bunga kenanga
  3. Bunga melur
  4. Bunga cempaka
  5. Bunga teratai
  6. Bunga mawar
  7. Bunga tanjung.

Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai.Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

Kriteria Pemilihan

Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga ini sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Sumber :Jabatan Penerangan Malaysia, Bernama

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut