PUSAT KONSERVASI HARIMAU DAN GAJAH DI LANCHANG ASET PELANCONGAN BERTARAF DUNIA- KDPB SULTAN PAHANG

TEMERLOH, 31 JULAI 2024 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) dan Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang mampu menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.

Titah baginda, kedua-dua pusat ini mempunyai objektif tersendiri di mana seperti di MTCC ada tiga objektif iaitu untuk rehabilitasi, pembiakan dan untuk menyesuaikan habitat semulajadi.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan cara pihak PERHILITAN menyelenggara kedua-dua pusat ini dan saya tengok 25 ekor gajah dalam keadaan baik, tempat pun baik..dah banyak pembaharuan.

“Ramai pengunjung di catatkan setiap tahun iaitu antara 200,000 hingga 250,000. Alhamdulillah, mudah-mudahan kita daoat kekalkan kecantikan dan kebersihan tempat ini. Saya harap kerajaan dapat bagi peruntukan untuk menjaga pusat ini.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan ada cadangan nak tambah binatang lain seperti seladang, tapir dan tenuk. Boleh tambah tarikan sebagai aset pelancongan bertaraf dunia..saya amat puas hati,” titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda beritah demikian ketika ditemui media selepas berkenan berangkat bercemar duli ke kedua-dua buah pusat konservasi di Kuala Gandah, Lanchang, hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda juga adalah sempena lawatan Putera Ali Al Hussein dari Jordan bersama keluarga ke kedua-dua buah pusat konservasi berkenaan.

Turut berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka baginda meluangkan masa kira-kira empat jam untuk melihat perkembangan semasa kedua-dua buah pusat di samping membawa keluarga Diraja Jordan itu melihat sendiri usaha yang dilakukan di Pahang dalam memelihara flora dan fauna yang berharga.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut