MINUMAN DALAM SEMUA ACARA KERAJAAN DIKURANGKAN GULA 50 PERATUS BERKUAT KUASA HARI INI

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan minuman yang disediakan dalam semua acara anjuran kerajaan akan dikurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus, berkuat kuasa hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu diambil susulan peningkatan jumlah rakyat Malaysia menghidap diabetes yang mencecah 15.5 peratus berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023.

“Ia bermaksud masalah diabetes perlu ditangani secara menyeluruh. Maka, salah satu ikhtiar kerajaan ialah mulai hari ini, Jemaah Menteri memutuskan semua acara kerajaan akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dalam minuman.

“Semua minuman akan disediakan dengan gula tidak dimasukkan, dan kita akan mengurangkan penggunaan gula itu dalam semua acara kerajaan, termasuk mesyuarat,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menunjukkan pecahan usia penghidap diabetes ialah golongan berumur 18 hingga 29 tahun sebanyak 3.2 peratus; 30-39 tahun (6.5 peratus), 40-49 tahun (15.2 peratus); 50-59 tahun (28.8 peratus) dan 60 tahun ke atas (38 peratus).

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …