DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Pengurusan Daerah telah berlangsung di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi menandatangani serta serah terima dokumen tugas jawatan Ketua Bahagian Pengurusan Daerah diantara ASP. Siti Sarah binti Ahmad dengan ASP. Nora Hafiza binti Redzuan disaksikan oleh YDH Supt. Kamarul Rizal bin Jenal, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484