𝗒𝗣𝗦 𝗕𝗔𝗦 π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat Penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ) dengan tumpuan utama kenderaan bas pekerja. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pemandu atau pengusaha KPA ini yang tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa dibawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) 2010, serta memastikan KPA ini selamat digunakan di jalanraya.
Kesalahan dikesan, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, puspakom tamat tempoh, tiada lesen PSV, kesalahan teknikal dan gagal selenggara kenderaan dengan baik. JPJ juga menyita 1 buah kenderaan bas pekerja yang beroperasi ketika LKM tamat tempoh.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …