TAWARAN PELABURAN DALAM TELEGRAM ADALAH PENIPUAN

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2024: Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too good to be true’ atau indah khabar daripada rupa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Beliau berkata banyak pelaburan yang menggunakan platform media sosial Telegram adalah penipuan.

“Dalam aplikasi Telegram, terdapat ratusan tawaran pelaburan dan mereka yang tertarik dengan kumpulan pelaburan ini akan terperdaya dan membuat pelaburan yang merugikan,” katanya pada sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam memaklumkan kes jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, Fahmi memaklumkan beliau telah mendengar taklimat berhubung isu terbabit daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

Fahmi sebelum ini juga dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi. — BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut