Penyasaran semula subsidi diesel telah menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 23 peratus atau 6.5 juta liter sehari dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia.
Purata jualan harian diesel dari stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia pada awal Jun adalah 28.6 juta liter sehari, manakala pada awal bulan ini, purata jualan harian diesel menurun kepada 22.2 juta liter sehari.
Data juga menunjukkan jualan diesel secara komersial telah meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan yang sama.
Kerajaan telah menyediakan bantuan tunai RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil yang ditakrifkan menghasilkan jualan pertanian antara RM50,000 dan RM300,000 setahun.
Petani kecil dan pekebun kecil yang layak, turut dapat memanfaatkan bantuan Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi kenderaan logistik supaya kos pengangkutan pengeluaran ke pasaran tidak meningkat,” katanya.
Sumber: Bernama