Pada 20 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kanibongan, Pitas, MKN Negeri Sabah sekali lagi telah diberi peluang untuk menyertai Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Dengan penglibatan sebanyak 37 agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan pihak swasta, program ini telah menyantuni hampir 1,000 warga daerah Pitas dan sekitarnya.
MKN Negeri Sabah telah diberikan slot taklimat berkenaan Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang menekankan peranan komuniti dalam memastikan keselamatan negara. Bersempena sambutan Bulan Keselamatan Negara, MKN Negeri Sabah juga turut membuka reruai (booth) bagi memberikan pengetahuan lebih lanjut berkenaan DKN melalui pelbagai kaedah interaktif.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#BKN2024