LORI BAWA KIMIA AMMONIUM NITRAT TERBALIK

KALABAKAN: Lori yang membawa muatan bahan kimia ammonium nitrat terbalik mengakibatkan tumpahan bahan kimia itu di atas jalan di Jalan Nabawan – Kalabakan, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.05 petang.

Katanya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan serta pegawai pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bertindak membersihkan tumpahan bahan kimia berkenaan menggunakan satu aliran dan satu pancutan dari sumber air jentera.

“Terdapat dua mangsa terbabit telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan menjalankan pembersihkan tumpahan bahan kimia ammonium nitrat di Jalan Nabawan – Kalabakan. – Foto/Bomba

Menurutnya, status kedua-dua mangsa tidak diketahui.

“Pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.10 malam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#BKN2024

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut